FAKULTI PENGAJIAN BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN
Universiti Malaysia Kelantan

Dari Meja Dekan


ASSOC. PROF. DR. KAMARULZAMAN BIN ABDUL GHANI

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) yang sebelumnya dikenali sebagai Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI)  ialah fakulti kesembilan yang ditubuhkan di UMK setelah rancangan penstrukturan semula yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada November 2020. Pengurusan Tertinggi UMK telah meluluskan operasi FBI sebagai fakulti pada 10 Januari 2021.

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) adalah salah satu entiti akademik terawal yang ditubuhkan semasa UMK mula beroperasi. FBI ditubuhkan dengan hasrat untuk melengkapkan pelajar dari segi kemahiran berbahasa dan kemahiran insaniah selaras dengan visi dan misi universiti yang menekankan pembangunan modal insan berkualiti tinggi. FBI bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan yang menumpukan pada penguasaan bahasa dan pembangunan modal insan yang akan sangat bernilai bagi setiap pelajar UMK.

Kini FBI mempunyai 100 orang staf yang terdiri daripada 94 staf akademik dan 6 staf pentadbiran.

FBI terdiri daripada tiga jabatan iaitu Jabatan Pengajian Umum, Jabatan Pengajian Bahasa dan Jabatan Pembangunan Insan. Pada peringkat pelajar prasiswazah, FBI menawarkan 40 kursus yang dikategorikan sebagai Kursus Umum, Wajib dan Elektif. FBI menawarkan kursus ini di ketiga-tiga kampus; UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli.

FBI juga telah mula menawarkan DUA (2) program pengajian akademik pada peringkat prasiswazah iaitu; 1) Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian), dan 2) Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian).

Pada peringkat pascasiswazah, FBI menawarkan program Sarjana Sastera dan Ijazah Doktor Falsafah dalam tujuh (7) bidang iaitu 1) Sejarah dan Tamadun; 2) Agama dan Kontemporari; 3) Pembangunan dan Pendidikan Nilai; 4) Falsafah dan Pembangunan Sosial; 5) Pengajian Islam; 6) Pengajian Bahasa; dan 7) Komunikasi. FBI juga menawarkan program sarjana secara kerja kursus iaitu Sarjana Komunikasi Perniagaan.

Saya mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak - agensi kerajaan dan swasta serta industri dan institusi korporat untuk bersama-sama mengembangkan bidang pengajian bahasa dan pembangunan insan di Malaysia. Diharapkan laman web ini dapat memberikan gambaran keseluruhan mengenai aktiviti dan pencapaian semasa FBI.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Laman Web dan Maklumat FBI yang telah bekerja keras untuk mengemas kini dan menyelenggara laman web ini.

Semoga usaha ini diberkati oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Sekian. Wassalam.

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain