FAKULTI PENGAJIAN BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN
Universiti Malaysia Kelantan

PIAGAM PELANGGAN


Sumber Manusia

Menyediakan perkhidmatan secara profesional dan berintegriti berasaskan sumber manusia yang kompeten dalam suasana yang kondusif.

Kewangan

Mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan berakauntabiliti serta menjana pendapatan secara lestari.

Akademik dan Antarabangsa

Menawarkan program pengajian dan aktiviti akademik berteraskan bahasa dan sains kemanusiaan yang berkualiti dan berdaya saing pada peringkat global. 

Penyelidikan dan Inovasi

Menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berimpak melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak demi kesejahteraan masyarakat.

Keusahawanan dan Sosioekonomi

Menerapkan budaya keusahawanan melalui program akademik dan bukan akademik untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.

Tadbir Urus dan Transformasi Penyampaian

Melaksanakan tadbir urus secara profesional berorientasikan kepuasan pelanggan.

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain