Pertukaran Akademik Transbudaya Jepun Kelantan (JEKTRA 2025) Kukuhkan Jalinan Akademik Antarabangsa UMK
KHAMIS I 4 SEPTEMBER 2025 – Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menganjurkan Japan–Kelantan Transcultural Academic Exchange (JEKTRA 2025) pada 29 Ogos hingga 3 September 2025 bertempat di Min House Camp, Kubang Kerian.
Program ini akan disertai oleh 14 orang pelajar dari Rikkyo University, Tokyo, Jepun, sebuah institusi pengajian tinggi swasta berprestij, bagi tujuan pertukaran budaya dan akademik bersama warga UMK.
Program ini diketuai oleh Penyelaras (PIC), En. Azri Hafifi, Pensyarah Bahasa Jepun UMK, dengan objektif memperkukuh kefahaman lintas budaya, rangkaian akademik dan kerjasama antarabangsa.
Sorotan Program
Sepanjang enam hari, peserta akan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti:
• Lawatan Budaya ke lokasi ikonik negeri Kelantan termasuk Pasar Siti Khadijah, Istana Jahar, Masjid Muhammadi, Wat Phothivihan dan Masjid Kampung Laut.
• Aktiviti Pengalaman seperti melukis batik di Nordin Batik, menyaksikan kelip-kelip, serta aktiviti kebun organik anjuran homestay.
• Penglibatan Akademik merangkumi lawatan kampus UMK Bachok, sesi bersama Naib Canselor, serta perkongsian ilmu bersama ahli akademik.
• Majlis Penutup pada 2 September 2025 yang akan menampilkan ucapan oleh Dekan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan serta Prof. Dr. Masutani, pembentangan oleh pelajar Jepun, dan sesi bergambar kenangan.
Program ini akan diakhiri dengan jamuan perpisahan dan lawatan budaya, sekali gus mempererat hubungan akademik antara Rikkyo University dan UMK.
Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan JEKTRA 2025. Inisiatif ini melambangkan komitmen UMK untuk memperkukuh jaringan antarabangsa serta memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar.

/WhatsApp Image 2025-09-22 at 19.38.43.jpeg)

-Strengthens-UMK's-Global-Academic-Collaboration/image1.jpg)
