FBI Mengalu-alukan Pelajar Baharu Sesi Akademik 2025-2026

SUNDAY I 21 SEPTEMBER 2025 – Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) mengalu-alukan pendaftaran dan kehadiran pelajar baharu bagi sesi akademik 2025-2026.

Dekan FBI bersama-sama ahli pengurusan, pensyarah dan staf fakulti beramah mesra dengan pelajar serta keluarga yang hadir pada hari pendaftaran, di samping membantu memastikan proses daftar penginapan pelajar berjalan lancar dan teratur.

Selamat datang semua pelajar ke dalam keluarga besar FBI, semoga anda terus cemerlang di gerbang ilmu!

Program Ijazah Sarjana Muda yang Ditawarkan oleh FBI

  • Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian)

  • Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian)

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komuniti dengan Keusahawanan Sosial (Kepujian)