Amanat Naib Canselor Sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M) Suntik Semangat Pelajar Baharu

AHAD I 21 SEPTEMBER 2025 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M) bagi menyambut kehadiran mahasiswa mahasiswi baharu ke universiti.

Dalam amanatnya, Naib Canselor mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu, di samping berpesan agar mereka merebut peluang, belajar bersungguh-sungguh serta menetapkan azam dengan disertai usaha yang berterusan.

Beliau turut menekankan kepentingan menimba ilmu daripada selautan ilmu Allah S.W.T. yang tidak bertepi, serta mengingatkan bahawa tiada halangan untuk mencapai kejayaan melainkan diri sendiri yang menjadi penghalangnya.

Dengan usaha gigih dan doa yang berterusan, para pelajar diyakinkan bahawa kecemerlangan pasti dapat dicapai, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Amanat Naib Canselor ini menjadi dorongan awal buat mahasiswa UMK untuk memulakan perjalanan akademik mereka dengan penuh semangat, ketabahan, dan hala tuju yang jelas.