FAKULTI PENGAJIAN BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN
Universiti Malaysia Kelantan

Anugerah Pelajar




Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Ikon Siswa Universiti Malaysia Kelantan (AIS) 2023/2024

18 Februari 2025 - Penerima Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Ikon Siswa Universiti Malaysia Kelantan (AIS) 2023/2024

 

Saudari Nur Nadhirah binti Md Daud telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Sukan di dalam Majlis Anugerah Ikon Siswa Universiti Malaysia Kelantan (AIS) bagi sesi 2023/2024.

 

Beliau merupakan mahasiswi Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) daripada program SLA (Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan) merangkap Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UMK Sesi 2024/2025. Majlis Anugerah tersebut diadakan di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota dengan kehadiran seluruh barisan pengurusan tertinggi universiti dan pemimpin mahasiswa sebagai menghargai kesungguhan dan komitmen pelajar dalam membangunkan nilai-nilai kepimpinan yang inklusif dan mampan melalui kegiatan yang dilaksanakan di dalam dan luar kampus.

 

Dalam majlis yang sama, Nurhusna Humaira binti Zamri daripada program SLB (Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris) dan Wan Muhammad Hafiz bin Wan Azmi (SLA) turut tersenarai sebagai finalis bagi Anugerah Kepimpinan Kesularelawanan (Kesejahteraan Komuniti). Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada seluruh pelajar FBI untuk mengorak langkah mencipta kecemerlangan akademik, kemantapan sahsiah sebagai pemimpin, dan kematangan dalam bermasyarakat.