FAKULTI PENGAJIAN BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN
Universiti Malaysia Kelantan

Visi


Menjadi peneraju dalam bidang bahasa dan sains kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan holistik untuk kesejahteraan global.

Misi


Melaksanakan program akademik, penyelidikan, perkhidmatan berkualiti dan relevan dalam bidang pengajian bahasa dan sains kemanusiaan demi kemakmuran sejagat.

Objektif


OBJEKTIF STRATEGIK

1. Peratusan pelajar lulus setiap semester sebanyak 80% bagi kursus-kursus Bahasa Inggeris.

2. Peratusan pelajar lulus setiap semester sebanyak 80% bagi kursus-kursus Bahasa Ketiga.

3. Peratusan pelajar lulus setiap semester sebanyak 80% bagi kursus-kursus Sains Kemanusiaan

4. Penawaran kursus secara Pembelajaran Teradun Gantian sebanyak 80% daripada keseluruhan kursus yang ditawarkan.

______________________________________________________________________________

Sumber Manusia

Menyediakan perkhidmatan secara profesional dan berintegriti berasaskan sumber manusia yang kompeten dalam suasana yang kondusif.

Kewangan

Mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan berakauntabiliti serta menjana pendapatan secara lestari.

Akademik dan Antarabangsa

Menawarkan program pengajian dan aktiviti akademik berteraskan bahasa dan sains kemanusiaan yang berkualiti dan berdaya saing pada peringkat global. 

Penyelidikan dan Inovasi

Menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berimpak melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak demi kesejahteraan masyarakat.

Keusahawanan dan Sosioekonomi

Menerapkan budaya keusahawanan melalui program akademik dan bukan akademik untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.

Tadbir Urus dan Transformasi Penyampaian

Melaksanakan tadbir urus secara profesional berorientasikan kepuasan pelanggan.

Dasar Kualiti UMK:

Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) beriltizam dan komited ke arah wawasan mencapai objektif pelan strategik universiti melalui pembudayaan sistem jaminan kualiti akademik yang mantap, sokongan dari sistem pengurusan kualiti yang mampan bagi memenuhi jangkaan pelanggan dan stakeholders universiti. Bagi memenuhi keperluan dasar ini warga UMK hendaklah:

1. Meningkatkan prestasi pentadbiran Universiti melalui budaya korporat untuk menyediakan penyelesaian pentadbiran yang cekap, berkesan dan profesional.

2. Menjamin maklumat dan rekod sentiasa bersepadu, lengkap, tepat dan selamat.

3. Memastikan kawalan keselamatan kampus sentiasa cemerlang.

4. Prihatin terhadap kebajikan staf.

5. Penggerak kepada program pemasaran universiti.

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain